BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 27, 2009


Kepada Sahabat perjuangan, tidak kira di mana kamu berada, pena ingin berkongsi sedikit tazkirah mudah-mudahan kita sama-sama dapat terus Thabat dalam perjuangan ini......






10 WASIAT HASAN AL BANNA


1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangu
n sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau
berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana ia
merupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.



5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.


7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Monday, June 15, 2009

PACE DI FESTIVAL SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI DI PKNS, SHAH ALAM.


FESTIVAL SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SELANGOR 2009




Festival diadakan selama tiga hari berturut-turuT( 12-13-14 JUN 2009 )




Booth PACE berhadapan depan booth POLIS


Akhi Mazlan Mohdi bersama Ilham dan Hadi...



Mu'adz, Ilham dan Hadi...



Salah seorang pengunjung yang bermurah hati menderma kepada Tabung Bersamamu Palestin




Akhi aizuddin bersama anaknya turut mengimarahkan booth PACE pada hari itu..



Info-info terkini tentang Palestin.



bahan jualan di Booth PACE( beli sambil menderma )..



Roket Qassam 3(Hamas) yang paling menarik perhatian pengunjung di Booth PACE...





Festival pun tamat, Faizul turut membantu mengemas Booth...

Monday, June 8, 2009

PERSPEKTIF Edisi baru 2009...

PERSPEKTIF Edisi Baru 2009

PERSPEKTIF Edisi Baharu 09

Majalah PERSPEKTIF kembali lagi dengan edisi baru bagi tahun 2009. PERSPEKTIF kali ini menyingkap isu perjuangan rakyat Palestin dan peperangan di Gaza. Disamping itu, PERSPEKTIF juga mengupas pelbagai isu di sekeliling anda, dalam dan luar negara.

Tajuk-tajuk menarik didalam:

FOKUS Gaza: Tirai Kemenangan Mula Tersingkap

Palestinian Refugees in Lebanon: The Forgotten Catastrophe
Pakatan Yahudi dan Nasrani Kecundang di Gaza

MOTIVASI: Menghadapi Pendakwah Dari Pintu Neraka

FAMILI :Jangan Pulang Sebelum SYAHID!

Nada Dakwah dalam Isu PPSMI

Dan pelbagai topik-topik lain yang bermanfaat & menarik memenuhi majalah setebal 64 muka surat ini.

Anda boleh mendapatkan PERSPEKTIF edisi baru hanya dengan harga RM7. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi Khadijah Azman di talian 03-4108 9669 (Ibu Pejabat JIM)

Rehlah Remaja Klang 18 Julai 2009

Jaulah Belia Klang

Futsal belia klang...

Survey Pendapat Remaja