BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

Belajar Sebahagian Ilmu ISlam

Wednesday, August 12, 2009

Boikot Israel T-Shirt Walkabout

Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera.

1. Alhamdulillah, JK Pusat COMPLETE Malaysia ( www.completemalaysi a.com ) sedang dalam peringkat akhir bertungkus lumus melaksanakan satu kempen yang bakal memberi impak besar kepada negara haram Israel. Kempen yang akan dilancarkan ialah Boikot Israel T-Shirt Walkabout. No chanting, No Placards, No Banners, No Flyers Distribution, No FRUs. Cuma jalan-jalan sambil memakai baju Boikot Israel. Perasmian program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15hb Ogos 2009

Masa: 9:00-12:00tgh

Tempat: Lobby 1, DBKL, Jln Raja Laut

2. Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kezaliman Israel seterusnya mengambil tindakan memboikot barangan syarikat yang terang-terang menyokong negara haram Israel. Untuk 6 bulan pertama ini 4 syarikat telah dikenalpasti iaitu McDonald, Coca-Cola, Nestle dan L’oreal. Program ini adalah sebahagian dari usaha Boikot Israel secara global yang dilancarkan oleh Global Divestment and Sanctions for Palestine Global BDS yang dilaksanakan di luar negara. Setakat ini kira-kira 50 buah negara telah menyatakan persetujuannya! !!

3. Setiap yang menyertai program ini akan memakai t-shirt Save Paletine Boycott Israel. T-shirt ini boleh ditempah sekarang dengan harga RM25 (Dewasa) dan RM20 (Kanak-kanak) . Boikot Israel T-shirt untuk muslimah juga disediakan. Sila hubungi Azra Banu 016-2094500 untuk tempahan sebelum terlambat.

4. Beberapa orang VIP dan artis telah dijemput bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin. Antara VVIP yang telah dijemput ialah seorang kanak-kanak Palestin Muhammad Al-Haj Moussa berusia 15 tahun yang telah kudung kedua-dua kakinya kerana di bom oleh tentera Israel menggunakan cluster bomb pada tahun 2006 lepas di Lebanon. Artis pula ialah Awie Wing, Amy Search, Dato Siti Nurhaliza, Wardina, Muadz, Dato Jalaludin Hassan, Noor Kumalasari dll.

5. Disamping itu kita juga menjemput secara maya MP George Galloway, wartawan British Yvonne Ridley dan bekas ahli kongress US Cyntia untuk bersama-sama menyatakan sokongan keatas usaha ini. George Galloway berjaya mengetuai konvoi Viva Palestine merentasi sempadan Rafah sehingga masuk ke dalam Gaza dan bertemu dengan PM Ismail Hanieyah kira-kira sebulan lepas. Setakat ini Yvonne Ridley mengesahkan 'hadir'.

6. Kita juga akan menganjurkan konvoi berkereta dan motor bersama Kelab Harley Davidson daripada DBKL ke Stadium Shah Alam. Tiga laluan utama telah dikenalpasti.

DBKL - Kesas H/way - Stadium Shah Alam

DBKL - Lebuhraya Raya Persekutuan - Stadium Shah Alam

DBKL – NKVE - Stadium Shah Alam

Sila daftar kenderaan anda dengan Idris Muhammad 016-2936523 (rbk4786@gmail. com). Setiap kenderaan (kereta) akan dibekalkan dengan car stickers, bendera Palestin dan air mineral. Tempahan hanya RM20 sahaja.

8. Apa yang JIM Daerah boleh lakukan? Mohon print flyer yang dikepilkan dan tampal di tempat yang antum dibenarkan tampal. Antum juga boleh edarkan di masjid-masjid dan surau yang antum ada hubungan.

Saya menyeru kepada saudara/i untuk bersama-sama kami dalam pelancaran Boikot Israel T-Shirt Walkabout .

Datang beramai-ramai! !!.

Bawa keluarga sekali!!!.

Tunjukkan solidariti anda!!!.

Hebahkan kepada rakan-rakan! !!.

Pendaftaran Kenderaan Konvoi: sms ke 016-293 6523

Pendaftaran & booking t-shirt: Azra Banu azrabanu@gmail. com 016-209 4500

Freedom For Palestine!!!

From : BeliaKlang

Rehlah Remaja Klang 18 Julai 2009

Jaulah Belia Klang

Futsal belia klang...

Survey Pendapat Remaja