

Assalamulaikum. ....
inshaAllah, BEST siri ke 5 akan menyusul tidak lama lagi, , jom para ibu-bapa, abg-kakak, adik-adik, daftarkanlah remaja yang ada segera kepada kami.....
jom tengok butiran nya....
Tarikh : 30 Mei 2010
Tempat :Sekolah Islam ADNI, taman Sri Ukay
Masa : 8.00am-1.30pm
sasaran : Remaja 12-17 tahun
Yuran : RM 10
Agenda :
Ahad ( 30 Mei 2010)
8.00am : Pendaftaran
8.30am : Slot 1
9.30am : Break- Minum pagi
10.00am : Slot 2 ( Takhsin Solat )
11.30am : Slot 3 ( Team Building )
12.30 tgh : Lunch
1.20 pm : Solat Zohor
1.30pm : Bersurai & Tamat
so..apa tunggu lagi...jom daftar...... ......... ......... .
" Perbaiki Dirimu Kemudian Serulah Pada Yang Lain ....( HAB ) "
Mohd Hafiz ( bai )
SU Kerja JKPR
Pengarah KRJ Pusat
Pengarah KRJ KL
019-7517051
:: http://hafizbaiel.blogspot.com/ ::
:: http://remaja- kl.blogspot.com/ ::
Wednesday, May 12, 2010
Posted by Kelab Remaja JIM, Klang at 5:57:00 PM 0 comments
Friday, March 5, 2010

Jalinan Orang Muda (JOM) kembali lagi...
JOM Masjid... (katibah belia)
Tarikh:
20 Mac 2010 (Sabtu) - 21 Mac 2010 (Ahad)
Lokasi:
Klang, Selangor
Masa:
7.00 petang (Sabtu) - 9.00 pagi (Ahad)
Sasaran penyertaan:
1. Minimum 5 orang ahli usrah JIM dalam kalangan belia (18-35, non-IPT) dari setiap Daerah di Selangor (Klang, Petaling, Petaling Jaya, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Ampang Jaya, Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam) dan Kuala Lumpur (Batu, Cheras, Titiwangsa)
2. Terbuka juga untuk belia-belia umum
3. LELAKI sahaja
Anjuran KBJ Klang dengan kerjasama KBJ Selangor dan KBJ Kuala Lumpur
JOM warga belia sekalian kita berukhuwah di sini!!
Hubungi: abu_itqan@yahoo.com
Posted by Kelab Remaja JIM, Klang at 9:08:00 AM 0 comments
Klinik Bowling Belia
13 Mac 2010 (Sabtu)
Ampang Super Bowl, Flamingo
8.30am - 3pm
Bayaran:
RM20/pax (meliputi tunjuk ajar professional, 2 games & makanan tengahari)
Anjuran:
Kelab Belia JIM (KBJ) Ampang Jaya dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 6 MPAJ dan Persatuan Tenpin Bowling Kuala Lumpur
Jurulatih:
Coach Ali Hanafiah (Bekas Pemain Bowling Negara tahun 80-an dan sekarang menjadi jurulatih pelbagai kelab bowling di KL & Selangor)
Penyertaan:
Terhad kepada 50 penyertaan terawal sahaja!!
(Ahli KBJ dan JIM diberi tempat sebanyak 15 sahaja. Kini hanya tinggal 5 sahaja tempat kosong)
Jzkk.
Abu Dzar Azme
Pengerusi
KBJ AJ
019-2445523


Posted by Kelab Remaja JIM, Klang at 8:53:00 AM 0 comments
Wednesday, November 25, 2009
BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG
Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)Ciri-ciri pakaian Muslimah :
1- Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
2- Baju mestilah labuh dan longgar
3- Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
4- Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
5- Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang BErtumit Tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
6- Memakai sarung kaki
Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)
Renung-renungkan!
Posted by Kelab Remaja JIM, Klang at 7:43:00 PM 0 comments