BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 13, 2009

Assalamualaikum wbt.

Khas buat lepasan SPM, STPM dan STAM 2008; program ini khas untuk anda!

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT
-- ERAT '09 --

Forum: Persimpangan Cinta dan Cita-Cita | Ayuh Kenal Yuk! | Latihan Dinamika Kumpulan | Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu | Ceritera Sukses: Resipi Kejayaan Mahasiswa Muslim | Tafakur Alam Rimba! | Cergas Cetus Cerdas | Malam Nurani Intepretasi Seni | R&R Kerjaya dan IPT | Forum: Langkah Menuju Jaya | Ceritera Sukses: Misi Agung Mahasiswa Muslim |dan banyak lagi!


Tarikh: 24 April -- 26 April 2009 (Jumaat -- Ahad)
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rebutia D'Perkasa Camp
Anjuran: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Yuran: RM 30 sahaja!

Di antara testimoni peserta:

"Bagi saya program ini menyeronokkan kerana telah berjaya membuka hati saya kepada kepentingan hidup secara Islam dan nikmat Islam yang cukup cantik dan tersusun." -- Mohd Harith Kamaludin, Kolej Mara Seremban


"Program ini menyeronokkan. .. Boleh dilihat pada pengisian program ini penuh dengan ilmu. Selain itu, jemputan penceramah luar juga menunjukkan program tersebut tidak diabaikan dan mendapat sambutan ramai. Aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik remaja." -- Ihsan Alwi, Kolej Matrikulasi Pahang

"Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?" -- Harith Md Nasir, UTM Kuala Lumpur


Disertakan brosur sebagai rujukan. Untuk maklumat lanjut, sila klik;




--
www.dhanysarip. blogspot. com

PANTUN MENGUSIK JIWA

SEKADAR NAK
Berkongsi
Pantun Mari Sembahyang yang manja ...........

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

P/S: forward...

Saturday, April 11, 2009

Kisah seorang ulama dan pramugari.

Assalamu'alaikum,
sebuah cerita untuk diambil pengajaran.. .

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke
sebuah negeri. Apabila
tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana
tandas di dalam kapalterbang terlalu
kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari
kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak
perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan
kaki ke dalam tangki tu,
sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh
kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali
saudari mencuci muka
saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali
dalam sehari, bererti
kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

So,rajin2kanlah diri ambil whudu' tu...
sbb bila kita berwhudu' dosa2 kecil kita gugur bagaikan salji...
lagipun,
di akhirat sana nanti anggota whudu' kita akan bercahaya...

wassalam,

Friday, April 10, 2009

Memerangi hawa nafsu dan syaitan


Sudah semestinya orang berakal memerangi keinginan nafsu dengan berlapar.
Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh Allah.
Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

Seseungguhnya manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari Kiamat adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang palinh besar bagi manusia adalah syahwat perut. Sebab itulah Adam dan Hawa dikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana. Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Maka terbukalah kain yang menutupi badan keduanya. Dan pada dasarnya perutlah sumber segala syahwat.

Sebahagian ulama ada yang mengatakan: "Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya. Dan hatinya semakin lalai. Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti ia telah menanam `pohon' penyesalan dalam hatinya."

Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan malaikat hanya diberi akal, tanpa diberi syahwat. Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi syahwat dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat. Jika syahwat seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia. Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada malaikat.

Ibrahim al-Khawas telah meriwayatkan: Pada suatu ketika aku ke gunung Lukam. Ingin sekali aku mengambil sebiji buah delima. Kemudian kuambil satu dan kupecahkan. Namun apabila kumakan sedikit rasanya masam. Maka kutinggalkan saja delima itu. Kemudian aku melihat seorang lelaki jatuh tersungkur dikerumuni lalat yang menggigit. Lalu aku menegurnya, "Assalamualaikum. " Dia menjawab, "Waalaikumsalam, wahai Ibrahim." Kutanya dia, "Bagaimana engkau mengenalku?" Dia menjawab, "Barangsiapa telah makrifat kepada Allah tidak ada suatu yang samar baginya." Lalu aku mengatakan, "Kulihat engkau istimewa di sisi Allah. Mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari gigitan lalat itu?" Dia menjawab, "Aku pun melihat engkau mempunyai keistimewaan di sisi Allah. Lalu mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari syahwat (keinginan) terhadap delima? Sesungguhnya lazatnya delima dapat mengakibat seseorang menderita di Akhirat. Sedangkan gigitan lalat hanyalah terasa pedih di dunia saja. Gigitan lalat pada nafsu sedangkan gigitan syahwat itu pada hati…!" Kemudian aku pun berlalu dari situ.

Syahwat dapat membuatkan raja menjadi hamba. Sedangkan sabar akan membuatkan budak menjadi raja. Tidakkah engkau dengar kisah Yusuf as dengan Zulaikha. Yusuf menjadi raja Mesir kerana kesabarannya. Dan Zulaikha menjadi hina, lemah dan fakir kerana syahwatnya. Zulaikha tidak sanggup menahan cintanya kepada Yusuf.

Diceritakan bahawa Abu Hassan Ar Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya dua tahun setelah dia meninggal dunia. Dia mengenakan pakaian dari aspal. Kemudian Abu Hassan bertanya, "Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli Neraka." Lalu di menjawab, "Wahai anakku, nafsuku telah menyeret aku ke Neraka. Maka takutlah engkau wahai anakku, terhadap tipuan nafsumu."
Dia berkata lagi,
"Sungguh aku diuji empat perkara.
Selalu menjeratku dalam binasa.
Iblis, dunia, nafsu dan syahwat.
Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya.
Kulihat syahwat merayu anganku.
Di kegelapan syahwat dan keinginanku. "

Hatim al-Ashom berkata: Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku, dan dosa itu adalah kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku.
Sebahagian ahli Makrifat berkata: Jihad itu ada tiga macam. Pertama, jihad melawan orang-orang kafir. Ini jihad lahiriah. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
"Mereka berjihad di jalan Allah………."
(Q.S. Al-Maidah: 54)

Kedua, berjuang menghadapi orang-orang yang menyebarkan ilmu dan hujah yang batil. Seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
"Dan berbalahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan jalan yang terlebih baik."
(Q.S. An-Nahl: 125)

Ketiga, berjihad melawan nafsu yang sentiasa menyeret pada kejahatan seperti yang difirman Allah:
"Dan orang-orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) Kami tunjuki mereka ke jalan Kami…."
(Q.S Al-Ankabut: 69)

Dan Rasulullah saw bersabda:
"Jihad paling utama adalah memerangi nafsu."

Sesungguhnya para sahabat ketika pulang dari berperang menghadapi kaum kuffar, mereka berkata, "Kita baru pulang dari perang yang kecil menuju ke perang lebih besar." Ini kerana mereka telah mendengar bahawa jihad melawan hawa nafsu dan syaitan itu lebih besar lantaran jihad tersebut bersifat terus-menerus. Sedangkan menghadapi kaum kuffar hanyalah sekejap dan jelas kelihatan. Padahal menghadapi musuh yang jelas kelihatan lebih mudah daripada musuh yang tidak kelihatan. Ditambah lagi syaitan mempunyai pembantu di pihak kita, iaitu hawa nafsu. Sedangkan kaum kufar tidak mempunyai pembantu pada pihak kita. Jika engkau berjaya membunuh orang kafir, kamu akan mendapatkan harta rampasan. Namun jika engkau terbunuh engkau akan mendapatkan Syurga. Padahal jelas engkau tidak akan dapat membunuh syaitan. Tetapi jika engkau dikalahkan oleh syaitan, tentu akan mendapatkan seksa daripada Allah.

Sebagaimana dikatakan, "Barangsiapa kehilangan kuda sewaktu ia berperang, sekurang-kurangnya kudanya jatuh ke tangan kufar. Tetapi barangsiapa kehilangan iman, tentulah dia mendapat kemarahan Allah. Dan barangsiapa tertangkap oleh pihak kufar, tidak akan tangannya diikatkan ke leher. Kakinya tidak akan diikat. Perutnya tidak dibiarkan lapar dan tidak dibogelkan. Tetapi sesiapa yang jatuh ke dalam kemarahan Allah, mukanya akan menjadi hitam. Tangannya diikatkan ke leher dengan rantai. Kakinya diikat dengan tali api. Bahkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah api."

Dari Muksyafah Al-Qulub(Oleh Imam Al-Ghazali)

Rehlah Remaja Klang 18 Julai 2009

Jaulah Belia Klang

Futsal belia klang...

Survey Pendapat Remaja