BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 25, 2009

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)Ciri-ciri pakaian Muslimah :

1- Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
2- Baju mestilah labuh dan longgar
3- Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
4- Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
5- Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang BErtumit Tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
6- Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

Friday, September 25, 2009

Lawak Kambeng (tiada kaitan hidup/mati dgn hidup realiti)

Ada sebuah kisah nun jauh di sebuah negara yg tak bernama,


pertandingan julung2 kali pun diadakan di situ dengan nama "pertandingan menahan bau kambing".
Maka manusia2 dari segenap pelusuk alam pun beransur la ke negara tersebut untuk menyertai peraduan yang sangat glamer di abad itu.

Pelbagai bangsa pun joinlah kontest itu untuk membuktikan kehebatan dan kepahlawanan masing2 kepada mata dunia.Terlihat di sana-sini orang berbagai warna, coklat, hitam, putih, kuning, sawo matang dan lain2.

Pertandingan pun bermula.
Bangsa pertama, sekumpulan orang cina memasuki sebuah kamar yang agak sempit dan dimuatkan dengan berpuluh-puluh ekor jenis kambing yang mana aromanya sangat menusuk kalbu dan jiwa.
Tidak genap pun lima minit kumpulan cina ini keluar dari kamar itu dengan menutup hidung lalu muntah2 kerna xtahan kan bau binatang2 tu.

Kumpulan kedua diwakili oleh orang german, masuk pula mereka ke dalam bilik yang sama.
Tak pun sampai 4 minit setengah mereka keluar terhoyong-hayang dan muntah2.

Sampai pula ke kumpulan orang2 perancis, tidak cukup pun 4 minit, mereka keluar dari bilik tersebut dalam keadaan yang serupa, muntah-muntah.

Tiba pula giliran orang2 arab, mereka masuk ke bilik seksaan itu dengan yakinnya.
Namun cuma bertahan selama 3minit setengah saja, lalu keluar menyepak pintu dan muntah-muntah jua.

Kemudian kumpulan kaum iban pula mencuba nasib mereka.
Serupa juga, lebih kurang 3 minit je bertahan lalu keluar sambil muntah-muntah.

Orang2 Afrika pula masuk , pun cuma bertahan selama 2minit setengah je lalu lari keluar dan muntah-muntah.

Pabila masuk pula orang melayu ke bilik tu, tak sampai pun 2minit lalu mereka keluar dan muntah-muntah kerna tak tertahan bau kambing2.

Di segenap ruang di luar bilik di mana kambing2 tu ditempatkan pun terlihatlah wajah2 kerisauan di muka2 pencabar yang terlebih berani untuk menyahut cabaran tu.

Sampai pula giliran orang2 Bangladesh, mereka masuk seperti biasa.
NAMUN, tidak pun sampai seminit, lalu KAMBING2 pun berlari keluar dari bilik tu dan MUNTAH-MUNTAH sebab tak tertahankan bau orang2 Banglasdesh tersebut, sekian...!

Friday, August 21, 2009

Belajar Sebahagian Ilmu ISlam

Wednesday, August 12, 2009

Boikot Israel T-Shirt Walkabout

Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera.

1. Alhamdulillah, JK Pusat COMPLETE Malaysia ( www.completemalaysi a.com ) sedang dalam peringkat akhir bertungkus lumus melaksanakan satu kempen yang bakal memberi impak besar kepada negara haram Israel. Kempen yang akan dilancarkan ialah Boikot Israel T-Shirt Walkabout. No chanting, No Placards, No Banners, No Flyers Distribution, No FRUs. Cuma jalan-jalan sambil memakai baju Boikot Israel. Perasmian program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15hb Ogos 2009

Masa: 9:00-12:00tgh

Tempat: Lobby 1, DBKL, Jln Raja Laut

2. Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kezaliman Israel seterusnya mengambil tindakan memboikot barangan syarikat yang terang-terang menyokong negara haram Israel. Untuk 6 bulan pertama ini 4 syarikat telah dikenalpasti iaitu McDonald, Coca-Cola, Nestle dan L’oreal. Program ini adalah sebahagian dari usaha Boikot Israel secara global yang dilancarkan oleh Global Divestment and Sanctions for Palestine Global BDS yang dilaksanakan di luar negara. Setakat ini kira-kira 50 buah negara telah menyatakan persetujuannya! !!

3. Setiap yang menyertai program ini akan memakai t-shirt Save Paletine Boycott Israel. T-shirt ini boleh ditempah sekarang dengan harga RM25 (Dewasa) dan RM20 (Kanak-kanak) . Boikot Israel T-shirt untuk muslimah juga disediakan. Sila hubungi Azra Banu 016-2094500 untuk tempahan sebelum terlambat.

4. Beberapa orang VIP dan artis telah dijemput bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin. Antara VVIP yang telah dijemput ialah seorang kanak-kanak Palestin Muhammad Al-Haj Moussa berusia 15 tahun yang telah kudung kedua-dua kakinya kerana di bom oleh tentera Israel menggunakan cluster bomb pada tahun 2006 lepas di Lebanon. Artis pula ialah Awie Wing, Amy Search, Dato Siti Nurhaliza, Wardina, Muadz, Dato Jalaludin Hassan, Noor Kumalasari dll.

5. Disamping itu kita juga menjemput secara maya MP George Galloway, wartawan British Yvonne Ridley dan bekas ahli kongress US Cyntia untuk bersama-sama menyatakan sokongan keatas usaha ini. George Galloway berjaya mengetuai konvoi Viva Palestine merentasi sempadan Rafah sehingga masuk ke dalam Gaza dan bertemu dengan PM Ismail Hanieyah kira-kira sebulan lepas. Setakat ini Yvonne Ridley mengesahkan 'hadir'.

6. Kita juga akan menganjurkan konvoi berkereta dan motor bersama Kelab Harley Davidson daripada DBKL ke Stadium Shah Alam. Tiga laluan utama telah dikenalpasti.

DBKL - Kesas H/way - Stadium Shah Alam

DBKL - Lebuhraya Raya Persekutuan - Stadium Shah Alam

DBKL – NKVE - Stadium Shah Alam

Sila daftar kenderaan anda dengan Idris Muhammad 016-2936523 (rbk4786@gmail. com). Setiap kenderaan (kereta) akan dibekalkan dengan car stickers, bendera Palestin dan air mineral. Tempahan hanya RM20 sahaja.

8. Apa yang JIM Daerah boleh lakukan? Mohon print flyer yang dikepilkan dan tampal di tempat yang antum dibenarkan tampal. Antum juga boleh edarkan di masjid-masjid dan surau yang antum ada hubungan.

Saya menyeru kepada saudara/i untuk bersama-sama kami dalam pelancaran Boikot Israel T-Shirt Walkabout .

Datang beramai-ramai! !!.

Bawa keluarga sekali!!!.

Tunjukkan solidariti anda!!!.

Hebahkan kepada rakan-rakan! !!.

Pendaftaran Kenderaan Konvoi: sms ke 016-293 6523

Pendaftaran & booking t-shirt: Azra Banu azrabanu@gmail. com 016-209 4500

Freedom For Palestine!!!

From : BeliaKlang

Rehlah Remaja Klang 18 Julai 2009

Jaulah Belia Klang

Futsal belia klang...

Survey Pendapat Remaja