BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 30, 2009

Salam,
Setelah bermesyuarat beberapa kali dgn JIM Klang & AJK surau Bandar Baru Klang (BBK), alhamdullilllah, program Karnival Keluarga Prihatin akan di adakan seperti butiran berikut:

Program: Karnival Keluarga Prihatin & Gaya Hidup Sihat BBK 2009
Tarikh: 4 April 2009/8 Rabu'ul awal 1430 (Sabtu)
Masa: 8:30 ~ 5:00 ptg
Tempat: Perkarangan Surau Bandar Baru Klang (BBK)
Pengisian: sesi Perasmian:Ucapan aluan Pengerusi Surau, YDP JIM Selangor, Ahli Majlis, & Perasmian YB Yaakob Sapari
Ceramah Palestin oleh Ir Ridzuan Harun, Ceramah dari Jabatan Kesihatan Daerah
Aktiviti selari kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), SPRM, Kaunter MPK dll,


Dengan ini saya menjemput seluruh ahli JIM & keluarga di Klang & Shah Alam & daerah2 di Selangor bersama menyertai karnival tersebut...Ahlan Wasahlan..
Objektif Kertas kerja asal adalah untuk kesedaran isu Palestin, Pembinaan hubungan dgn MPK, JK Penduduk, AJK Surau & Masyarakat setempat..

Saturday, March 28, 2009

Berbakti kepada orang tua dan anak-anak.

Rasulullah saw bersabda:
“Tidak namanya membalas seorang anak kepada orang tuanya, sehingga dia mendapatkan sebagai hamba, lalu dia beli dan merdekakan sahaja.”

Beliau juga bersabda:
“Berbakti kepada orang tua lebih utama daripada solat, sedekah(zakat), puasa, haji, umrah dan jihad fi sabilillah.”

Sabda beliau lagi:
‘Siapa di waktu pagi mendapatkan keredhaan orang tuanya, maka dibukakan untuknya dua pintu menuju ke syurga.Meskipun mereka tinggal satu.Meskipun dia aniaya.Demikian pula di waktu petang.Meskipun merekaitu tinggal satu, meskipun ia aniaya.”

Beliau bersabda lagi:
“Sesungguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan sejauh lima ratus tahun, namun orang yang derhaka kepada orang tua tidak akan dapat mencium baunya.Tidak pula orang yang memutuskan sanak saudara.”

Juga beliau bersabda:
“Berbaktilah kepada ibumu, bapamu, saudara perempuanmu, saudara lelaki, kemudian sebawahmu, kemudian sebawahmu.”


Dirawikan, bahawa Allah swt berfirman kepada nabi Musa as: “Hai Musa, siapa berbakti kepada orang tuanya dan menderhakai-Ku, Kutuliskan dia sebagai orang yang berbakti.Dan siapa berbakti kepada-Ku dan derhaka kepada orang tuanya, Aku tulis dia sebagai orang yang derhaka.”

Dikatakan: “Ketika Yaqub datang kepada Yusuf as, Yusuf tidak berdiri menghormatinya.Maka Allah memberi wahyu kepadanya: “Beratkah engkau untuk berdiri menghormati bapamu? Sesungguhnya aku tidak melantik seorang nabi dari tulang rusukmu!”
Rasulullah saw bersabda:
“Jika seseorang menghendaki sedekah, berikan kepada orang tuanya.Jika mereka orang muslim, maka pahalanya untuk mereka dan untuk dia tidak akan kurang sedikit pun daripada pahala mereka.”

Malik bin Rabiah mengatakan: “Suatu hari kami duduk di sisi Nabi saw.Tiba-tiba datang seorang dari Bani Salmah berkata: “Ya Rasulullah, adakah sesuatu yang kubaktikan kepada kedua orang tuaku setelah mereka meninggal? Rasulullah menjawab: “Ya, membacakan selawat kepadanya, memohonkan ampun untuknya, melaksanakan janjinya, memuliakan temannya, menyambung saudara yang tidak tersambung melainkan dengannya.”
Rasulullah saw bersabda lagi:
“Bakti yang terbaik adalah bila seorang lelaki menyambung keluarga orang tuanya setelah mereka meninggal.”

Rasulullah saw bersabda lagi:
“Berbakti kepada ibu bagi anak dua kali ganda.”

Juga sabda beliau:
“Doa ibu lebih cepat dikabulkan.” Ditanyakan: “Mengapa demikian?” Beliau menjawab: “Dia lebih penuh kasih daripada bapa.Dan doa saudara tidak akan ditolak.”

Seorang lelaki bertanya kepada beliau: “Wahai Rasulullah, aku harus berbakti kepada siapa?” Beliau menjawab: “Berbaktilah kepada orang tuamu.” “Ku tidak punya orang tua”, katanya.Kemudian beliau bersabda: “Berbuat baiklah kepada anakmu.Sebagaimana orang tuamu berhak padamu, maka anakmu pun berhak padamu.”
Beliau bersabda:
“Allah mengasihi orang yang menolong anaknya untuk berbakti kepadanya.”

Yakni tidak menjadikannya derhaka sebab kelakuannya itu tidak baik.Juga beliau bersabda: “Samakanlah antara anak-anakmu dalam pemberian.”
Anas mengatakan Rasulullah saw bersabda:
“Anak itu diberikan nama pada hari ketujuh dan dihindarkan dari penyakit. Setelah enam tahun, dididik. Setelah sembilan tahun , diasingkan tempat tidurnya.Bila berumur tiga belas tahun mesti dipukul bila meninggalkan solat.Dan bila telah mencecah umur enam belas, ayahnya harus menikahkan dia, kemudian memegang tangannya dan berkata: “Aku telah mendidik, mengajar dan menikahkanmu.Maka aku mohon perlindungan kepada Allah dari fitnah-Mu dan seksa –Mu di akhirat.

Rasulullah saw bersabda pula:
“Tanggungjawab orang tua kepada anaknya adalah mendidik perangainya dan memberi nama yang baik.”

Beliau bersabda:
“Setiap anak itu tergadai dengan aqiqah yang disembelih pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya.”

Qatadah mengatakan: “Ketika aku menyembelih aqiqah, aku ambil sehelai bulunya lalu aku sapukan pada urat darah di lehernya kemudian aku letakkan pada ubun-ubun bayi sehingga mengalir darinya serupa garis benang, kemudian aku membasuh kepalanya dan dicukur setelah itu.”

Seorang lelaki datang kepada Abdullah bin Mubarak, mengadukan perihal anaknya.Abdullah bertanya: “Adakah engkau telah menyakitkannya?” Lelaki itu berkata: “Ya.” Abdullah lalu berkata: “Engkau telah merosakkannya.Disunnahkan mengashihi anak.”

Al-Aqra’ bin Habis melihat Nabi saw mencium Hasan.Dia lalu berkata: “Aku ada sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium salah seorang daripadanya”
Kemudian beliau bersabda:
“Siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.”

Aisyah ra berkata: “Rasulullah saw bersabda kepadaku suatu hari: “Mandikan wajah Usamah.” Kemudian aku memandikannya.Tapi aku sedang selsema.Maka Nabi lalu mengambilnya, memandikanya dan menciumnya lalu berkata: “Kita telah berbuat baik kerana dia tidak mempunyai jariah.Pernah juga Hasan terjatuh sedangkan Nabi saw di atas mimbarnya.Kemudian beliau turun, mendukung dan membaca:
“Sesungguhnya harta dan anak-anakmu adalah fitnah.”
(Q.S At Taghabun: 15)

Abdullah bin Syadad berkata: “Suatu ketika Rasulullah mengimami manusia.Tiba-tiba Hussain menghampirinya dan menungganginya.Sewaktu beliau sujud.Beliau memanjangkan sujudnya seehingga mereka kira telah terjadi sesuatu.Setelah selesai solat, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, engkau tadi memanjang sujud sehingga kami mengira terjadi sesuatu.” Baginda lalu bersabda: “Cucuku telah menunggangiku, aku tidak suka menggesakan dia sebelum tercapai maksudnya.” Ini mempunyai beberapa erti; mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah, saying kepada anak, atau untuk menjadi contoh kepada umatnya.
Sabda beliau pula:
“Bau anak sebahagian daripada bau syurga.”

Yazid bin Muawiyah berkata: “Ayahku memanggil Ahnaf bin Qais.Setelah datang, beliau berkata: “Wahai Abu Bahr, apa katamu tentang anak?” Ahnaf menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, mereka buah hati kita dan kita bumi tempat mereka berpijak serta langit tempat mereka benaung dan dengan mereka kita mencapai setiap keagungan.Jika mereka meminta berilah, bila mereka marah relakanlah, tentu kasih mereka akan tumbuh.Jangan engkau membebankan mereka.Nanti mereka akan bosan dengan hidupmu, mengharapkan matimu dan tidak suka mendekatimu.” Muawiyah kemudian berkata: “Wahai Ahnaf, engkau telah menyembuhkan kebencian terhadap Yazid.” Ketika Ahnaf pergi darinya, ia telah rela kepada Yazid.Dan dia beri kepada Yazid dua ratus dirham dan seratus pakaian.





Terjemahan Muqhasyafah Al-Qulub.

Thursday, March 26, 2009

BIODATA NABI MUHAMAD

Nama:

Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdu Manafbin Qusayyi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu ai bin Ghalib

bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah

Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan

Nama-nama lain :

  • Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil ,

Nama-nama Gelaran :

  • Abu Qasim , Al-Amin

Bangsa :

  • Arab Quraisy

Agama :

  • Islam

Tarikh Lahir :

  • Hari Isnin
  • 12 Rabiu’l Awal Tahun Gajah /

( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )

  • Bersamaan 20 April 571 Masihi

Tempat Lahir :

  • Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah

Bilangan Adik-beradik :

  • Anak tunggal ( anak yatim )

Nama Ibu :

  • Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab

Nama Ibu Susuan :

  • Suwaibah , Halimah As-Sa’diah

Nama-nama Pengasuh :

  • Aminah , Suwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Ummu Aiman

Nama-nama Isteri :

  • Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt.Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsy , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :

  • Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :

  • Hamzah , Al-A’bbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim , Dhirar , Qusam ,

Al-Mughirah , Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :

  • Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :

  • Hamzah , Al-A’bbas
  • Sufiah , Urwa

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :

  • Mariah al-Qiabtiah , Raihanah

Nama-nama Hamba Lelaki :

  • Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi

Nama Anak Angkat :

  • Zaid bin Harisah bin Syarahil

Nama-nama Khadam :

  • Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , U’qbah bin A’mir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar Al-Ghaffari

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :

  • Abu Bkar , U’mar , Osman , A’li , Az-Zubir , A’mir , Amru Ibni Al-A’s, Zaib bin Sabit , Mua’wiah Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa

Setiausaha Sulit :

· Huzaifah b. Yaman

Sifat Fizikal :

  • Badan tinggi sedang
  • Rambut ikal mayang
  • Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap
  • Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu
  • Bulu mata panjang , suara kasar ,gigi hadapan renggang

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :

· Siddiq [benar],Amanah[ jujur],Tabligh[ menyampaikan] ,

Fatonah[bijkasana]

Sifat-sifat Yang Mustahil:

· Kazib[dusta] ,Khianah[ pecah amanah],

Kitman [menyembunyikan] ,Baladah[ bodoh]

Sifat-sifat Yang Harus :

· Makan, minum, tidur ,berkahwin,sakit, demam

Pendidikan :

· Al-Ummiyu [tidak pandai membaca dan menulis]

Pekerjaan :

  • Gembala Kambing
  • Berniaga

Perlantikan Menjadi Nabi :

  • Umur 40 tahun

Guru Pertama :

  • Malaikat Jibril Alaihi Salam

Tugas Utama :

  • Berda’wah

Jawatan Yang Diamanahkan :

  • Menjadi Nabi
  • Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin
  • Ketua Pemerintah Kerajaan Islam Di Madinah

Mu’jizat Utama :

  • Al-Quran

Keistimewaan :

  • Sebaik-baik makhluk
  • Penghulu segala Nabi dan Rasul
  • Orang yang pertama masuk Syurga

Gelaran Dari Kalangan Nabi :

  • Ulul A’zmi أولوالعزم

( banyak menempuhi ujian berat daripada Allah)

  • صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :

  • Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj

Kenangan Pahit :

  • Diusir oleh penduduk Ta if
  • Semasa peperangan Uhud

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu

· Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’]

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :

  • Ketika melihat lembaga Malaikat Jibril di ruang agkasa

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :

  • Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq
  • Perempuan Dewasa : Khadijah [isteri Nabi]
  • Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib
  • Hamba : Zaid bin Harisah

Sahabat-sahabat Kanan :

· Abu bakar as-Siddiq

· Umar al-Khattab

· Usman bin Affan

· Ali bin Abu Talib

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :

· Abu Bakar dan Umar [ mertua ]

· Usman dan Ali [ menantu ]

Berita Yang Mengembirakan :

  • KeIslaman Umar bin al-Khattab

Berita Yang Menyedihkan :

  • Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi]
  • Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
  • Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]

Peristiwa Yang Mengembirakan :

  • Pembukaan Kota Mekah

Penglibatan Dalam Peperangan :

  • Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar ,

Al-Fath , Hunain , Tabuk

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :

  • Di Syam, Baitul Maqdis[Palestin]

Catat Rekod Dunia :

  • Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha [ Isra’ & Mi’raj ]

Isteri Yang Paling Disayangi :

  • A’isyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ]

Anak Yang Paling Disayangi :

  • Fatimah

Cucu Yang Paling Disayangi :

  • Hasan bin Ali
  • Husin bin Ali

Sahabat Yang Paling Disayangi :

  • Abu Bakar

Nasihat Nabi :

  • Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perajalanan

Wasiat Nabi :

  • Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanyasekir anya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku

Mutiara Kata :

  • Sesiapa yang megucap kalimah syahadah pasti akan masuk Syurga

Syafaa’t Nabi :

  • Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atas baginda

Tarikh Wafat :

  • Hari Isnin ( pagi )
  • 12 Rabiu’l Awal 11 Hijrah

Umur Nabi :

  • 63 tahun , 4 hari

Disusun Oleh : Ustaz Mohd Shukri bin Ismail [ SMAP Kajang ]

Wednesday, March 25, 2009

CIRI CIRI JEMAAH ISLAM





1. Dasar perjuangan jemaah tersebut ialah Islam

Kita telah diperintahkan oleh Allah dan kita juga telah meyakini bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan menyeluruh seperti mana yang telah di sebut dalam ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah swt: Maksudnya: "Hari ini telah aku sempurnakan bugi kamu agama kumu,telah aku cukupkan keatasmu, nikmatku dan aku redhakan Islam itu sebagai cara hidip kamu yang sebenar". (Surah al-Maidah ayat:3)

Di atas dasar keyakinan ini maka wajib bagi kita untuk meletakkan Islam di hadapan dalam semua ruang lingkup kehidupan kita.


2. Perlembagaan hidup yang utama adalah Al Qur'an dan As Sunnah


Hadith Nabi saw yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. selagi mana kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selama lamanya. iaitu Kitab Allah dan sunnahku "(Bukhari)


3. Rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Qur’an

4. Terbinanya jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendiri kerana tuntutan al-Qur’an dan sunnah.

Ia bukan kerana dengki, khianat, atau hasutan dan pihak lain. Tetapi Islam yang nak dibawa adalah Islam yang timbul atas kesedaran terhadap kewajipan mereka untuk menyampaikan dakwah dan kewajipan untuk menegakkan Daulah Islamiah.


5. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar secara serentak.

Keadaan ini mengambarkan tasawwur Islam yang sebenar yang mana perlaksanaan dua perkara dalam keadaan serentak bahawa Islam itu adalah al-Din yang bencikan kepada kekufuran dan sangat memerlukan perkara yang ma’ruf sebagai landasan utama. Islam tidak boleh tertegak bersama terbinanya jahiliah di atas muka bumi.


6. Menyeru ke arah Islam yang syumul dengan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan".

Sebagai individu yang mengaku dirinya sebagai muslim tidak boleh mengambil dalam perkara-perkara tertentu yang dirasakan penting untuk diri sendiri dan tidak bercanggah dengan kehendak diri. Islam dengan agama lain adalah seperti minyak dengan air yang tidak akan bercampur walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan. Islam adalah Islam, yang ada manhaj hidupnya sendiri dan manhaj itu tidak pernah ditiru dari mana-mana manhaj golongan kuffar yang ada di atas muka bumi ini.


7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.

Ia mengutamakan keredhaan Allah tanpa mencicirkan dunia dalam kehidupan Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Manusia boleh mencari apa sahaja yang mereka mahu di dunia ini, tetapi mereka tidak boleh melupakan akhirat, sepertimana pepatah Arab yang mengatakan:

Maksudnya: Dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Islam tidak pernah menganjurkan umatnya untuk hidup semata-mata kerana dunia atau akhirat. Islam bukannya agama yang menyuruh umatnya menjadikan maddiyyah sebagai wawasan untuk berjaya. Itulah sebabnya Islam tidak menggalakkan umat manusia melonggokkan harta kemudian lalai dengan perintah Allah, tetapi harta itu disedekahkan atau dihadiahkan kepada golongan yang lemah. Itulah sebabnya di dalam Islam ada zakat. Islam mendidik hati dan syakhsiah umatnya untuk taat kepada perintah Allah. Selepas itu manusia akan dapat apa yang dihajatinya di dunia dan di akhirat.


8. Jemaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas al-Qur’an dan al-Hadith, ijma' dan qiyas sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: (Ulama’ yang benar-benar menghayati Islam itu adalah pewaris kepada nabi-nabi)

9. Jemaah yang terawal dan tertua (jamaah yang pertama) di dalam satu-satu daulah. , dan mengamalkan Islam secara lebih menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al- Qur'an sebagai perlembagaan.

Jemaah yang terawal dalam satu-satu kelompok manusia, itulah jemaah Islam yang wajib diikuti. Selagi mana syarat penubuhannya memenuhi kriteria yang telah disebutkan sebelum ini. Sekiranya ada sesuatu yang dirasakan tidak betul pada jemaah tersebut, maka betulkanlah dengan cara , (muzakarah/munaqasy ah) atau berdebat (mujadalah) dengan cara yang baik di antara ahli jemaah. Bukannya dengan cara memprotes dari luar.


10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya.

Jemaah ini boleh disertai oleh semua manusia, dan syarat utama untuk menggabungkan diri dengan jemaah ini adalah Islam, dan ahlinya mestilah taat sepenuhnya kepada pemimpin tanpa membantah, selagi mana pemimpin itu taat kepada Allah.

Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: "Tidak ada ketaatan yang boleh diberikan kepada makhluk lerhadap perkara maksiat yang dilakukan di sisi Allah".

Jemaah itu pula mestilah membela hak-hak Islam serta umatnya. Tidak ada ‘double standard’ dalam membela hak umat Islam sama ada terhadap golongan miskin atau kaya.


11. Asas perjuangan tersebut adalah ke arah penyempurnaan aqidah umat Islam.

Aktiviti utama yang ditekankan dalam jemaah tersebut adalah aktiviti yang lebih mementingkan aqidah umat islam. Mereka membela aqidah umat dan cuba mengelakkan umat dari terkeluar Islam. Mereka sanggup mempertahankan aqidah dengan berani dan berterus terang serta menolak segala bentuk amalan syirik. Mereka juga tidak mengambil sebarang dasar atau sistem dalam hidup mereka dengan sesuatu yang boleh menyebabkan syirik


12. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam.

Ini kerana perjuangan umat Islam yang ada sekarang adalah lebih kepada mengikut waqi’ perjuangan Rasulullah di Madinah. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk meletakkan semua umat Islam di bawah satu pemerintahan Islam, yang mengamalkan dasar-dasar dan sistem Islam di dalam pemerintahan secara kaffah (sepenuhnya) . Ianya ditadbir oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dan faqih serta boleh menjadi qudwah untuk semua dalam mencari kebaikan.

Mereka dengan berani dan tidak bersembunyi memperjelaskan kepada semua manusia bahawa cita-cita mereka adalah untuk mengembalikan Khilafah Islamiah dan melaksanakan perundangan mengikut ketetapan Allah. Untuk itu, mereka perlukan suatu kuasa untuk melindungi hukum-hukum Allah. Jika tidak ada kekuasaan bererti kebenaran tidak dapat dinyatakan dengan sebenarnya.

13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala’) hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.

Jemaah ini akur dengan segala ketetapan qada’ dan qadar Allah. Mereka redha terhadap apa yang patut di terima tanpa mengingkari perintah Allah. Yang penting mereka dapat menjalinkan hubungan dengan Allah sebagai hubungan antara tuan dengan hambanya tanpa ada sebarang sekatan atau hijab.

Jemaah Islam juga akan sentiasa bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman(seperti yang berlaku terhadap Ikhwan Muslimin, Hamas dan mana-mana saja). Rasulullah SAW juga menyatakan di akhir zaman nanti, Islam sentiasa akan bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman dan Rasulullah saw memerintahkan kita supaya tetap berpegang teguh dengan islam. Jemaah sebenar akan mendapat tentangan dari semua pihak. Tetapi tentangan itu adalah ujian dari Allah.

Tuesday, March 24, 2009

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kpd semua Muslimat

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat

Kepada Puteriku

Wahai puteriku..saya seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah saya lewati saya tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang saya sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak saya menulis, sering juga saya menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan saya sampaikan. saya tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang saya gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang saya perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan saya kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...saya kecurian.”

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

saya bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!


ni lah the continuation of that article..... .hope that u guys can benefit from it..share it with others k


Kamu berdua bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan….sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau..akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru engkau perlahanlahan merasakan sesuatu ayng berat menganjal di perutmu.

Engkau sedih dan muram
Engkau bingung dan gelisah. Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan…..diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: “Dia yang dahulunya sesat, tetapi sekarang sudah insaf”.

Tapi engkau……?

Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.

Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas……Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya……seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau gunakan tanggalkan kasutmu dan pukullah kepalanya……kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolongmu.

Sesudah itu ……….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku…….

Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”

Cita-cita seperti ini pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira samaada dia seorang ratu,keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

aku mengenali dua orang sasterawati dari mesir dan syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi kekayaannya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya Kedua0duanya telah kehilangan suami, namun………….tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya…….dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pastinya semua orang mesir dan syria sudah mengenalinya.

Perkahwinan adalah cita-cita paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota perlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista pasti dengan segera lelaki itu akan pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Seorang pemuda jalang yayng bejat dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya……dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang. Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.
Puteriku suasana seppi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin

Tuesday, March 17, 2009

Bercinta Sampai Ke Syurga

Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.

Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.

Luar biasa…

Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?

Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

43_67

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]

Itulah realitinya.

Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.

Mengapa cinta menjadi permusuhan?

Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?

Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.

Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.

Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.

Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.

Kecuali manusia bertaqwa.

Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu? Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.

khutbahnikah

Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.

Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.

“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.

“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.

Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.

“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.

“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.

“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.

“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.

Kecuali sebuah penceraian…

SUATU HARI NANTI

Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu

Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya

Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa

Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana

Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan

Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi

Lagu dan Lirik: Suhaimi Mior Hassan

Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.

Itulah yang banyak berlaku hari ini.

Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.

Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.

43_67i

“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

43_68-70

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.

Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.

Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.

Rehlah Remaja Klang 18 Julai 2009

Jaulah Belia Klang

Futsal belia klang...

Survey Pendapat Remaja