BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 25, 2009

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)Ciri-ciri pakaian Muslimah :

1- Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
2- Baju mestilah labuh dan longgar
3- Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
4- Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
5- Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang BErtumit Tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
6- Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

Friday, September 25, 2009

Lawak Kambeng (tiada kaitan hidup/mati dgn hidup realiti)

Ada sebuah kisah nun jauh di sebuah negara yg tak bernama,


pertandingan julung2 kali pun diadakan di situ dengan nama "pertandingan menahan bau kambing".
Maka manusia2 dari segenap pelusuk alam pun beransur la ke negara tersebut untuk menyertai peraduan yang sangat glamer di abad itu.

Pelbagai bangsa pun joinlah kontest itu untuk membuktikan kehebatan dan kepahlawanan masing2 kepada mata dunia.Terlihat di sana-sini orang berbagai warna, coklat, hitam, putih, kuning, sawo matang dan lain2.

Pertandingan pun bermula.
Bangsa pertama, sekumpulan orang cina memasuki sebuah kamar yang agak sempit dan dimuatkan dengan berpuluh-puluh ekor jenis kambing yang mana aromanya sangat menusuk kalbu dan jiwa.
Tidak genap pun lima minit kumpulan cina ini keluar dari kamar itu dengan menutup hidung lalu muntah2 kerna xtahan kan bau binatang2 tu.

Kumpulan kedua diwakili oleh orang german, masuk pula mereka ke dalam bilik yang sama.
Tak pun sampai 4 minit setengah mereka keluar terhoyong-hayang dan muntah2.

Sampai pula ke kumpulan orang2 perancis, tidak cukup pun 4 minit, mereka keluar dari bilik tersebut dalam keadaan yang serupa, muntah-muntah.

Tiba pula giliran orang2 arab, mereka masuk ke bilik seksaan itu dengan yakinnya.
Namun cuma bertahan selama 3minit setengah saja, lalu keluar menyepak pintu dan muntah-muntah jua.

Kemudian kumpulan kaum iban pula mencuba nasib mereka.
Serupa juga, lebih kurang 3 minit je bertahan lalu keluar sambil muntah-muntah.

Orang2 Afrika pula masuk , pun cuma bertahan selama 2minit setengah je lalu lari keluar dan muntah-muntah.

Pabila masuk pula orang melayu ke bilik tu, tak sampai pun 2minit lalu mereka keluar dan muntah-muntah kerna tak tertahan bau kambing2.

Di segenap ruang di luar bilik di mana kambing2 tu ditempatkan pun terlihatlah wajah2 kerisauan di muka2 pencabar yang terlebih berani untuk menyahut cabaran tu.

Sampai pula giliran orang2 Bangladesh, mereka masuk seperti biasa.
NAMUN, tidak pun sampai seminit, lalu KAMBING2 pun berlari keluar dari bilik tu dan MUNTAH-MUNTAH sebab tak tertahankan bau orang2 Banglasdesh tersebut, sekian...!

Friday, August 21, 2009

Belajar Sebahagian Ilmu ISlam

Wednesday, August 12, 2009

Boikot Israel T-Shirt Walkabout

Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera.

1. Alhamdulillah, JK Pusat COMPLETE Malaysia ( www.completemalaysi a.com ) sedang dalam peringkat akhir bertungkus lumus melaksanakan satu kempen yang bakal memberi impak besar kepada negara haram Israel. Kempen yang akan dilancarkan ialah Boikot Israel T-Shirt Walkabout. No chanting, No Placards, No Banners, No Flyers Distribution, No FRUs. Cuma jalan-jalan sambil memakai baju Boikot Israel. Perasmian program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15hb Ogos 2009

Masa: 9:00-12:00tgh

Tempat: Lobby 1, DBKL, Jln Raja Laut

2. Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kezaliman Israel seterusnya mengambil tindakan memboikot barangan syarikat yang terang-terang menyokong negara haram Israel. Untuk 6 bulan pertama ini 4 syarikat telah dikenalpasti iaitu McDonald, Coca-Cola, Nestle dan L’oreal. Program ini adalah sebahagian dari usaha Boikot Israel secara global yang dilancarkan oleh Global Divestment and Sanctions for Palestine Global BDS yang dilaksanakan di luar negara. Setakat ini kira-kira 50 buah negara telah menyatakan persetujuannya! !!

3. Setiap yang menyertai program ini akan memakai t-shirt Save Paletine Boycott Israel. T-shirt ini boleh ditempah sekarang dengan harga RM25 (Dewasa) dan RM20 (Kanak-kanak) . Boikot Israel T-shirt untuk muslimah juga disediakan. Sila hubungi Azra Banu 016-2094500 untuk tempahan sebelum terlambat.

4. Beberapa orang VIP dan artis telah dijemput bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin. Antara VVIP yang telah dijemput ialah seorang kanak-kanak Palestin Muhammad Al-Haj Moussa berusia 15 tahun yang telah kudung kedua-dua kakinya kerana di bom oleh tentera Israel menggunakan cluster bomb pada tahun 2006 lepas di Lebanon. Artis pula ialah Awie Wing, Amy Search, Dato Siti Nurhaliza, Wardina, Muadz, Dato Jalaludin Hassan, Noor Kumalasari dll.

5. Disamping itu kita juga menjemput secara maya MP George Galloway, wartawan British Yvonne Ridley dan bekas ahli kongress US Cyntia untuk bersama-sama menyatakan sokongan keatas usaha ini. George Galloway berjaya mengetuai konvoi Viva Palestine merentasi sempadan Rafah sehingga masuk ke dalam Gaza dan bertemu dengan PM Ismail Hanieyah kira-kira sebulan lepas. Setakat ini Yvonne Ridley mengesahkan 'hadir'.

6. Kita juga akan menganjurkan konvoi berkereta dan motor bersama Kelab Harley Davidson daripada DBKL ke Stadium Shah Alam. Tiga laluan utama telah dikenalpasti.

DBKL - Kesas H/way - Stadium Shah Alam

DBKL - Lebuhraya Raya Persekutuan - Stadium Shah Alam

DBKL – NKVE - Stadium Shah Alam

Sila daftar kenderaan anda dengan Idris Muhammad 016-2936523 (rbk4786@gmail. com). Setiap kenderaan (kereta) akan dibekalkan dengan car stickers, bendera Palestin dan air mineral. Tempahan hanya RM20 sahaja.

8. Apa yang JIM Daerah boleh lakukan? Mohon print flyer yang dikepilkan dan tampal di tempat yang antum dibenarkan tampal. Antum juga boleh edarkan di masjid-masjid dan surau yang antum ada hubungan.

Saya menyeru kepada saudara/i untuk bersama-sama kami dalam pelancaran Boikot Israel T-Shirt Walkabout .

Datang beramai-ramai! !!.

Bawa keluarga sekali!!!.

Tunjukkan solidariti anda!!!.

Hebahkan kepada rakan-rakan! !!.

Pendaftaran Kenderaan Konvoi: sms ke 016-293 6523

Pendaftaran & booking t-shirt: Azra Banu azrabanu@gmail. com 016-209 4500

Freedom For Palestine!!!

From : BeliaKlang

Monday, July 27, 2009

FORUM BERTAJUK " MONYETNYA CINTA KITA"

InsyaAllah, pada 8 Ogos 2009 (Sabtu), buat pertama kalinya, iLuvislam.com dengan kerjasama ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. dan Majalah i (terbitan Karangkraf) akan bersama-sama menganjurkan sebuah forum menarik khas untuk remaja dan mahasiswa seluruh negara.


http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/mck.gif


Forum yang bertajuk 'Monyetnya Cinta Kita' bakal menampilkan penceramah dan motivator hebat iaitu:

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Penulis 'bestseller book' bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa dan ibu bapa. Selain mempunyai syarikat konsultansi sendiri, Ustaz Hasrizal merupakan:
  • Penulis blog saifulislam.com
  • Kolumnis di pelbagai majalah seperti Majalah i dan ANIS
  • Penceramah bebas yang pakar dalam topik percintaan serta kekeluargaan

2. Firdaus Djamaris

Beliau merupakan trainer ESQ Training Mahasiswa dan Remaja. Selain berpengalaman luas bersama remaja dan mahasiswa, beliau juga merupakan graduan Ekonomi dari salah sebuah universiti terkenal di Indonesia.

Lebih sinonim dengan panggilan Pak Firdaus, kini beliau merupakan penasihat untuk Ikatan Silaturrahmi Mahasiswa (ISIS); sebuah organisasi yang mengumpulkan golongan remaja dan mahasiswa yang telah menjadi alumni ESQ Training.


3. Ustaz Ahmad Zahir Zahiruddin

Ustaz Zahir merupakan salah seorang penasihat iLuvislam.com. Beliau mula dikenali ramai dengan sebuah artikel yang diterbitkan di iLuvislam.com yang bertajuk 'Jodoh.' Selain itu beliau kerap memberikan ceramah di IPTA dan acapkali menyentuh permasalah remaja dalam bab cinta.

Beliau pernah 'putus cinta' semasa zaman bujangnya dan pengalaman berharga itu dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama anda semua sebagai teladan dan sempadan.


Detail Program

Tarikh : 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi-1 petang
Pendaftaran : 9.30 pagi
Tempat : INPENS, Bangi
Yuran : RM 3 (Makanan, Hadiah & Pengangkutan dari komuter Kajang disediakan)


Pengangkutan ke INSPENS

Jika anda menggunakan pengangkutan awam, 'shuttle bus' akan disediakan dari komuter Kajang.

Jika anda menaiki kenderaan sendiri, sila klik sini untuk peta.


Daftar Sekarang

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!


Friday, July 24, 2009

Konsert Antara Dunia (KAD) '09 Bakal Gegar Negara

www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube




Rakyat Malaysia kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan tahun; Konsert Antara Dunia `09 (KAD `09). Dengan menampilkan ‘otai-otai' nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama iLuvislam.com sebagai 'media partner' diadakan bersempena memeriahkan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam (KLCIC) di samping meraikan bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan yang akan disambut pada hujung bulan Ogos.






Bertemakan konsep `Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah', konsert ini merupakan konsert besar-besaran yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan mahasiswa (GAMIS) dan artis nasyid tanah air (Rabbani).

KAD `09 bertemakan kehidupan manusia yang melalui lima dunia (alam) iaitu roh, kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat. Kelima-lima dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, tayangan multimedia, pentomen dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.


Tiket

RM 5 : kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun
RM 10 : golongan remaja dan dewasa
RM50 : VIP.

Pakej istimewa!!

RM 100 : 2 tiket VIP dan 4 tiket kanak-kanak.

Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi `roadshow' KAD `09, wakil-wakil GAMIS di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) dan di setiap zon, belian tiket `online' dari iLuvislam.com, serta pejabat Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.







Pembelian Tiket Secara Online di iLuvislam.com

Bergantung kepada jenis tiket yang ingin anda beli, bayaran boleh dibuat samada melalui :

1. maybank2u.com.my

i. Log in di www.maybank2u.com.my
ii. Klik pada option "acounts & banking'
iii. Klik "transfer"
iv. Pilih option "new 3rd party account transfer" & masukkan segala butiran (No. Akaun : 564128343961 – Nama : Abdul Muhaimin Mohd Nasir). Pastikan recipient email adalah : aminalhafeez[at]gmail.com (sila gantikan [at] dengan simbol @).
v. Pastikan anda mengetahui cara untuk mendapatkan TAC number.
vi. Isikan segala ruangan yang perlu di isi.


2. Mesin ATM:

i. Selepas memasukkan kad dan nombor pin anda, sila pilih bahasa yang anda suka.
ii. Tekan pada option “Lain-lain urusniaga”
iii. Tekan option “Pindahan/Transfer”
iv. Tekan option “Pindahan Pihak Ketiga/3rd Party Transfer”
v. Masukkan nombor akaun : 564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasir
vi. Jangan lupa simpan slip transaksi anda!


3. Mesin Cash Deposit:

i. Selepas tekan butang masung/enter, sila masukkan nombor akaun:
564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasir
ii. Masukkan wang anda
iii. Jangan lupa simpan slip transaksi anda!


4. Deposit secara Manual di kaunter Maybank

i. Depositkan secara manual di kaunter mana-man cawangan Maybank ke dalam akaun:
564128343961 – Abdul Muhaimin Mohd Nasir
ii. Jangan lupa simpan borang pengesahan pembayaran


HANYA setelah pembayaran dibuat, anda perlu mengisi borang pengesahan di bawah bagi membolehkan pihak urusetia KAD '09 untuk menghantar kod tiket anda.

Saturday, June 27, 2009


Kepada Sahabat perjuangan, tidak kira di mana kamu berada, pena ingin berkongsi sedikit tazkirah mudah-mudahan kita sama-sama dapat terus Thabat dalam perjuangan ini......






10 WASIAT HASAN AL BANNA


1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangu
n sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau
berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana ia
merupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.



5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.


7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Monday, June 15, 2009

PACE DI FESTIVAL SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI DI PKNS, SHAH ALAM.


FESTIVAL SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI SELANGOR 2009




Festival diadakan selama tiga hari berturut-turuT( 12-13-14 JUN 2009 )




Booth PACE berhadapan depan booth POLIS


Akhi Mazlan Mohdi bersama Ilham dan Hadi...



Mu'adz, Ilham dan Hadi...



Salah seorang pengunjung yang bermurah hati menderma kepada Tabung Bersamamu Palestin




Akhi aizuddin bersama anaknya turut mengimarahkan booth PACE pada hari itu..



Info-info terkini tentang Palestin.



bahan jualan di Booth PACE( beli sambil menderma )..



Roket Qassam 3(Hamas) yang paling menarik perhatian pengunjung di Booth PACE...





Festival pun tamat, Faizul turut membantu mengemas Booth...

Monday, June 8, 2009

PERSPEKTIF Edisi baru 2009...

PERSPEKTIF Edisi Baru 2009

PERSPEKTIF Edisi Baharu 09

Majalah PERSPEKTIF kembali lagi dengan edisi baru bagi tahun 2009. PERSPEKTIF kali ini menyingkap isu perjuangan rakyat Palestin dan peperangan di Gaza. Disamping itu, PERSPEKTIF juga mengupas pelbagai isu di sekeliling anda, dalam dan luar negara.

Tajuk-tajuk menarik didalam:

FOKUS Gaza: Tirai Kemenangan Mula Tersingkap

Palestinian Refugees in Lebanon: The Forgotten Catastrophe
Pakatan Yahudi dan Nasrani Kecundang di Gaza

MOTIVASI: Menghadapi Pendakwah Dari Pintu Neraka

FAMILI :Jangan Pulang Sebelum SYAHID!

Nada Dakwah dalam Isu PPSMI

Dan pelbagai topik-topik lain yang bermanfaat & menarik memenuhi majalah setebal 64 muka surat ini.

Anda boleh mendapatkan PERSPEKTIF edisi baru hanya dengan harga RM7. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi Khadijah Azman di talian 03-4108 9669 (Ibu Pejabat JIM)

Friday, May 22, 2009

SEMINAR KRISIS MURTAD


SEMINAR KRISIS MURTAD....

OBJEKTIF:
MEMBERI PENDEDAHAN KPD PESERTA BERKENAAN AMALAN,BUDAYA DAN AJARAN SESAT DLM AGAMA BUDHA, KRISTIAN DAN HINDU DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA.

ANJURAN:

PERSATUAN ULAMA MALAYSIA(PUM) DAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

DIRASMIKAN OLEH:
Y.B.DATO'DR HASAN MOHD ALI

TARIKH: 30 MEI 2009/05 JAMADIL AKHIR 1430
MASA: 8.00 PAGI - 5.00 PTG
TEMPAT: MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

YURAN PENYERTAAN:
PERTUBUHAN / AGENSI JABATAN RM50.00
INDIVIDU / PELAJAR RM10.00

BAYARAN ADALAH UNTUK KIT SEMINAR, JAMUAN RINGAN, DAN MAKANAN SERTA KOS PENGURUSAN.PENDAFTARAN SEBELUM ATAU PADA 29 MEI 2009 DENGAN MENGHUBUNGI:

SAUDARA KHAIRUNNIZAM :012-2911335
SAUDARA MOHD AZMI :019-3842920
UST. FIRDAUS :012-6137541

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA:
  • ASAS-ASAS AJARAN BUDDHA SBG PERBANDINGAN AGAMA DI MALAYSIA
OLEH:DR RIDHUAN TEE ABDULLAH
NAIB PRESIDEN PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIAN(MACMA)

  • ASAS-ASAS AJARAN KRISTIAN SBG PERBANDINGAN AGAMA DI MALAYSIA
OLEH:HJ.MUHAMMAD ABDULLAH NICHOLAS SYLVESTER
PENGASAS HIDAYAH CENTER JIM

  • ASAS-ASAS AJARAN HINDU SBG PERBANDINGAN AGAMA DI MALAYSIA
OLEH UST. FITRI ABDULLAH
PENGARAH UNIT DA'WAH PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA

  • PERUNTUKAN UNDANG2 DAN KESAN PERUNDANGAN MELIBATKAN PERMOHONAN PENGISYTIHARAN KELUAR AGAMA
OLEH: TUAN MAHAMAD NASER BIN DESA

  • IMPLIKASI DAN HAK2 MUALLAF MENGIKUT HUKUM SYARA'
OLEH: TUAN HJ ABDUL WALID BIN ABU HASAN

  • KRISIS MURTAD DAN ISU-ISU TERKINI
OLEH:DR MOHD AZAM ADIL

Asalamualaikum wbt.


JIM & KRJ Segamat akan mengadakan KEM REMAJA ISLAH 2009 pada ketetapan berikut :


Tarikh : 31 Mei hingga 2 Jun 2009 ( 3 hari 2 malam )

Tempat : Kersani Training Centre Kg. Bumbun Simpang Jabi 85000 Segamat.

Daftar : Jam 3.00 pada 31 Mei
Balik : Jam 12.00 pada 2 Jun

Yuran : RM70.00 seorang ( termasuk makan, penginapan dan sijil)

Peserta yang boleh menyertai : KRJ. KARISMA, ISMA , rakan remaja yang meminati Islam , dll (lelaki & perempuan).

Objektif : 1. Penyatuan & Pemantapan Fikrah Remaja 2. Pembinaan Kepimpinan Masa Depan, 3. Kreatif Dalam berdakwah.

Pertanyaan : Cg. Mohd. Ariff (S/U JIM Sgt) 017-7993373 @ Pak Long 017-7392535.
AWAS ! tempat terhad. Comfirm kan hajat anda sebelum 28 Mei 2009.

Terima kasih.

Tuesday, May 19, 2009

JoM PegI KARNIVAL!!!!!


Pelbagai persembahan Budaya Kaum bumiputra MALAYSIA!!!!!!


Mari Kita memeriahkan lagi untuk IslaM

Monday, April 27, 2009


Sekadar buat renungan..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah *MATI*.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pastiakan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah *MASA LALU*.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapatkembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hariesok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denganajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah *HAWA NAFSU* (Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah *MEMEGANG AMANAH*(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah *MENINGGALKAN SOLAT*.Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah*LIDAH MANUSIA*.Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Sama-sama kita renungi dengan kisah ini

Tuesday, April 21, 2009

Tawaran biasiswa ke MesIR

Mahabbah (cinta) kepada Nabi saw

Tersebut dalam kisah bahawa seorang lelaki telah melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab, “”Dengan membaca selawat kepada Nabi saw.”

Rasulullah saw bersabda:

“Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”

Diceritakan bahawa seorang lelaki tidal pernah membaca selawat kepada Nabi saw. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi saw. Baginda tidak menoleh kepadanya. Kemudian lelaki itu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Jadi, mengapa engkau tidak memandangku?” Kata Rasulullah, “Kerana aku tidak kenal kamu.” Lalu lelaki itu berkata, “Bagaiman engkau tidak mengenaliku. Sedangkan aku adalah lelaki dari umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu dari ayah ibunya.” Rasulullah berkata, “Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatku dengan membaca selawat. Padahal aku mengenal umatku itu berrgantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali setiap hari. Setelah dia lakukan demikian, maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat Rasulullah seraya baginda berkata, “Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau.” Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah saw. Ketika Rasulullah saw mengajak Kaab bin Asyraf berserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, “Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kami lebih menyintai Allah.”

Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya:

Ertinya: “Katakanlah jika engkau mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihimu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Q.S. Al-Imran: 31)

Tanda menyintai Allah adalah mengikuti perintah-perintah-Nya, mendahulukan taat kepada-Nya, mencari redha-Nya. Adapun cinta Allah kepada hamba-Nya yang mukmin bererti memuji mereka, memberi pahala kepada mereka, mengampuni mereka serta memberi nikmat kepada mereka dengan rahmat, penjagaan dan taufiq-Nya.

Barangsiapa mengakui empat hal tanpa bukti empat hal, pengakuannya adalah dusta. Barangsiapa mengaku cinta Syurga namun tidak taat, jelas dia fuqara, maka pengakuannya tidak benar. Lalu barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meniggalkan maksiat, tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah, padahal mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adalah bohong. Sebagaimana Rabi’ah pernah bersyair:

Engkau derhaka

Tapi engkau mengaku cinta pada-Nya

Inilah keanehan zamanku

Jika benar engkau cinta

Tentulah mentaati-Nya

Selalu

Pencinta akan taat kepada kekasihnya!

Tanda mahabah adalah mengikuti yang dicintai dan tidak akan menentangnya.

Diceritakan ada sekumpulan orang datang kepada Asy Syibli ra. Dia berkata, “Siapa kalian?” Mereka menjawab, “Kami adalah pencinta tuan.” Dia menghadap kemudian dia melempari mereka dengan batu. Tentu saja mereka lari lintang-pukang. Lalu Asy Syibli berkata, “Mengapa engkau lari dariku. Jika engkau benar menyintaiku, tentunya tidak lari dari ujianku.” Kemudian Asy Syibli berkata, “Ahli mahabbah, mereka telah minum gelas cinta. Maka bumi dan negeri ini kelihatan sempit. Dan mereka sungguh makrifat kepada Allah. Mabuk dalam keagungan-Nya. Berlalu lalang dalam kekuasaannya. Mereka sedang bercumbu dan bermunajat kepada-Nya.” Setelah itu Asy Syibli bersyair:

Kata cinta wahai tuhanku

Memabukkanku

Pernahkah Engkau lihat

Kekasih sejati tidak mabuk kepayang

Dikatakan bahawa apabila unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mahu makan sampai empat puluh hari. Kalau dibebankan dengan barang yang berlipat kali ganda, tetap dia akan bawa. Ketika hatinya sedang asyik mengingat kekasihnya, maka dia tidak suka makan dan tidak merasa berat dimuati barang berlipat ganda. Itu demi cintanya. Jika demi cinta seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya dan sanggup menanggung beban berat, adakah engkau telah meninggalkan syahwat yang diharamkan demi kerana Allah? Apakah engkau telah sanggup memikul beban berat demi kerana Allah? Bila sedikit pun engkau belum melakukan kebaikan itu, maka pengakuanmu adalah kosong belaka. Tidak berguna di dunia mahupun di Akhirat, di sisi makhluk atau di sisi Al-Khaliq.

Diceritakan dari Ali kwj, dia berkata, “Barangsiapa merindukan Syurga, tentu akan suka dan cepat berbuat kebajikan” Barangsiapa takut akan neraka, tentu dia tahan nafsunya dari segala keinginan. Dan barangsiapa yakin akan mati, maka tidak begitu selera kepada kelazatan.

Ibrahim Al-Khawwas ra pernah ditanya tentang “Mahabbah”. Lalu dia berkata, “Mahabbah adalah menghapuskan segala kehendak, membakar semua sifat dan hajat serta menggelamkan diri dalam lautan isyarat.”


Dari Muksyafah Al-Qulub(Oleh Imam Al-Ghazali)

Monday, April 20, 2009

Renungan untuk mengubah sikap


Renungilah kata2 madah ini, moga2 madah ini dapat mengingatkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;


1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."



3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

4- "Jika kita mengingati dosa kita, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan"

5- "Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa."


6- "Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba."




7- "Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia di atas kesalahannya setiap hari berlaku. Cuma berat atau ringan dan bentuknya tidak sama di antara satu sama lain. Namun manusia tidak mahu juga dijadikan pengajaran. Justeru itu layaklah manusia ini dihukum sekali lagi di Akhirat kelak".




8- "Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa lahir tetapi mengabaikan dosa-dosa batin."


9- "Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada mengingat amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak."


10- "Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa."


11- "Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka."


12- "Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya."


13- "Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya, setiap orang itu rasa berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman masing-masing. "


14- "Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai"


15- "Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa tidak pun hati merintih dengan dosa itu ditakuti mati di dalam suul-khatimah. "


16- "Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya."


17-"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."


18-"Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah."


19- "Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat"


20- "Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan. "

Friday, April 17, 2009

Salam,
Saya ok.... Anda?
Itu antara slot yang kami tampilkan dalam Seminar Menangani Isu Wanita Islam (SMIWI) dengan tema :
Krisis ? Relaksla ....... Kemelut ? Usah kalut .......

26 April 2009

Auditorium Daeng Chelak,

Muzium Sultan Alam Shah,

Shah Alam.


Anjuran bersama:


Wanita JIM Selangor & Pejabat Exco Wanita Selangor



Objektif program:


  • Memberi kefahaman bahawa Islam Adalah jalan penyelesaian krisis.
  • Berkongsi panduan untuk menangani krisis dalam kehidupan.
  • Memberi kesedaran mengenai kepentingan memperkasakan diri


Siapa yang patut hadir?

Andalah.....

~ Noursila

Pengarah Program

013-2047408

SURAT DARI SYAITAN UNTUK MU


Aku melihat mu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harian mu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuh mu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapan mu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ke tempat tidur mu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihat mu tidak
merubah cara hidup mu.

Hai Bodoh, Kamu millik ku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintai mu .

Malah aku masih membenci mu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakan mu untuk membalas dendam ku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkan mu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untuk mu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih pada mu, karena aku sudah menunjukkan
kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidup mu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaan ku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkan ku
memanfaatkan hampir semua masa hidup mu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakan mu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosa mu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umur mu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membenci mu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.



Catatan : Jika kau benar2 menyayangi ku , kau tak akan memberi surat ini
dengan siapapun

Rehlah Remaja Klang 18 Julai 2009

Jaulah Belia Klang

Futsal belia klang...

Survey Pendapat Remaja